Permohonan Sumbangan Awam oleh MTQH

Permohonan Sumbangan Awam oleh MTQH

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Allah SWT atas kesudian tuan puan melawat laman ini. Laman ini adalah milik Maahad Tahfiz Al-Quran Hamidiyah (No Daftar: MTS/BP/002) dan semua sumbangan yang dibuat masuk 100% ke akaun Madrasah kami.

Ada penduduk Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor bermurah hati mewakafkan dua plot tanah bagi tujuan pembangunan madrasah. Tanah ini tidak dapat dibangunkan sebarang bangunan kerana madrasah hanya mempunyai aliran kewangan yang cukup cukup bagi membiayai gaji ustaz dan operasi harian termasuk makan minum pelajar.

Kami merayu kepada tuan puan, janganlah abaikan laman kami ini hanya sekadar klik, baca kemudian tekan pangkah dan keluar dari laman kami. Kami benar benar memerlukan bantuan tuan puan.

Kami ingin membina sebuah surau di sebelah madrasah kami yang boleh menjadi tempat baru pelajar kami mempelajari Al Quran dan Hadis. Surau ini juga akan menjadi kegunaan penduduk kampung kelak dengan pelbagai kuliah percuma yang kami rancangkan demi pembangunan ehsan bersama antara kami dengan penduduk kampung.

Tuan puan, sudilah kiranya tuan puan menyumbang kepada kami bagi merealisasikan impian kami. Tidak seperti madrasah lain, kami juga menerima pelajar miskin yang ibubapanya tidak mampu membayar yuran pengajian.

Macam-macam kami usahakan seperti berniaga Nasi Briyani Tembus Langit, jual beli kereta dan sebagainya demi memastikan kedudukan kewangan madrasah tidak terkesan dengan sebarang gangguan. Penduduk kampung juga membantu kami seberapa mampu.

Kami sedar disebabkan persitiwa yang lepas, ramai orang tidak lagi percaya tentang ketelusan kutipan derma oleh mana-mana madrasah. Maka, jika tuan puan tidak yakin, datang dan berkunjunglah ke madrasah kami. Kami masukkan maklumat madrasah di Google Maps bagi memudahkan pencarian.

Jika mahu lokasi lengkap, boleh berhubung terus dengan Ustaz Hamidi Ahamad di talian 013-372 0457 (Call & Whatsapp)

RM10 itu tidak akan menyebabkan tuan puan menjadi miskin. Tidak pula menyebabkan tuan puan menjadi papa kedana. Jika setiap yang klik ke laman kami menyumbangkan RM10, kami yakin kami akan memperolehi dana yang cukup bagi memulakan pembangunan surau madrasah.

Bantulah kami tuan puan yang dikasihi. Sesungguhnya kami percaya tuan puan merupakan insan yang Allah SWT pilih bagi membantu kami. Kami akan mengenang jasa bantuan tuan puan dalam doa setiap pelajar kami.

"Ya Allah, gandakanlah RM10 yang mereka sedekah kepada madrasah kami dengan RM10,000 nilai kepada kehidupan mereka. Balaslah kepada mereka dengan semua kemurahan rahmat-MU dan jadikanlah segala keperluan hidup mereka dipermudahkan, aaminnn"

Yang Merayu;

Ustaz Hamidi Ahamad

Pengerusi, Madrasah Tahfiz Quran Hamidiyah.

Lawati Facebook Kami dan Tiktok Ustaz Hamidi bagi kemaskini terkini tentang Mahaad.

Terima Kasih.

>>Mahu Buat Sumbangan Setiap Bulan<<

Payment Method (Select one option)

Pay with online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam GO and more banks from Malaysia via FPX.

Pay with Malaysia online banking & e-wallet (Grab, Setel, Boost, Touch n Go and more) via DuitNow QR.

Subtotal: RM 10.00
Total Amount: RM 10.00
Your donation is secured & encrypted
| |
© 2025 Madrasah Tahfiz Quran Hamidiyah
MTS/BP/002