Sumbangan Berkala Kepada MTQH
Sumbangan Berkala Kepada MTQH
Maahad Tahfiz Al-Quran Hamidiyah (No Daftar: MTS/BP/002) bersyukur kepada Allah SWT diatas rahmat-NYA mengirim hamba-NYA membantu Maahad secara berterusan setiap bulan. Sumbangan bulanan tuan puan akan digunakan bagi tujuan:
- Penyelenggaraan Mahaad (Bil, Gaji, Operasi dan Pembaikan).
- Penyediaan makanan kepada anak anak pelajar (Lelaki dan Perempuan).
- Projek pembangunan Mahaad seperti tambahan surau dan kelas pengajian.
- Projek kebajikan kepada anak anak pelajar miskin.
- Projek kebajikan kepada masyarakat sekitar Batu Pahat, Johor.
- Projek kebajikan antara Mahaad yang memerlukan seluruh negara.
- Projek Ilmu percuma dalam talian (online) dan di premis (offline) kepada masyarakat umum.
Sedikit dari Hasil sumbangan ini juga akan digunakan bagi:
- Membiayai kos digital ads seperti iklan yang tuan puan lihat ini.
PERTAMA, tulis nilai paling tuan puan mampu berikan pada setiap bulan. Jangan sesekali melebihi RM50 walaupun tuan puan mampu. Baki dari kemampuan tuan puan gunakan pada institusi lain yang mungkin memerlukannya.
KEDUA, pilih tempoh masa yang tuan puan mampu dalam memberikan sumbangan berkala. Jangan sesekali pilih Never End (Until Cancelled) kerana kita tidak tahu di masa hadapan mungkin keperluan tuan puan lebih mendesak berbanding keperluan maahad.
Semoga Allah SWT membalas sumbangan yang tuan puan berikan kepada kami dengan nilai rezeki, kesihatan dan kemakmuran lebih baik. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Melihat.
Apa-apa persoalan atau ingin menyalurkan bakti dan kebajikan kepada Mahaad? Ajukan terus kepada Tuan Pengerusi di talian berikut:
Ustaz Hamidi Ahamad, 013-372 0457 (Call & Whatsapp)
Lawati Facebook Kami dan Tiktok Ustaz Hamidi bagi kemaskini terkini tentang Mahaad.
Terima Kasih.