Sumbangan Berkala Kepada MTQH

Sumbangan Berkala Kepada MTQH

Maahad Tahfiz Al-Quran Hamidiyah (No Daftar: MTS/BP/002) bersyukur kepada Allah SWT diatas rahmat-NYA mengirim hamba-NYA membantu Maahad secara berterusan setiap bulan. Sumbangan bulanan tuan puan akan digunakan bagi tujuan:

Penyelenggaraan Mahaad (Bil, Gaji, Operasi dan Pembaikan).Penyediaan makanan kepada anak anak pelajar (Lelaki dan Perempuan).Projek pembangunan Mahaad seperti tambahan surau dan kelas pengajian.Projek kebajikan kepada anak anak pelajar miskin.Projek kebajikan kepada masyarakat sekitar Batu Pahat, Johor.Projek kebajikan antara Mahaad yang memerlukan seluruh negara.Projek Ilmu percuma dalam talian (online) dan di premis (offline) kepada masyarakat umum.

Sedikit dari Hasil sumbangan ini juga akan digunakan bagi:

Membiayai kos digital ads seperti iklan yang tuan puan lihat ini.

PERTAMA, tulis nilai paling tuan puan mampu berikan pada setiap bulan. Jangan sesekali melebihi RM50 walaupun tuan puan mampu. Baki dari kemampuan tuan puan gunakan pada institusi lain yang mungkin memerlukannya.

KEDUA, pilih tempoh masa yang tuan puan mampu dalam memberikan sumbangan berkala. Jangan sesekali pilih Never End (Until Cancelled) kerana kita tidak tahu di masa hadapan mungkin keperluan tuan puan lebih mendesak berbanding keperluan maahad.

Semoga Allah SWT membalas sumbangan yang tuan puan berikan kepada kami dengan nilai rezeki, kesihatan dan kemakmuran lebih baik. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Melihat.

Apa-apa persoalan atau ingin menyalurkan bakti dan kebajikan kepada Mahaad? Ajukan terus kepada Tuan Pengerusi di talian berikut:

Ustaz Hamidi Ahamad, 013-372 0457 (Call & Whatsapp)

Lawati Facebook Kami dan Tiktok Ustaz Hamidi bagi kemaskini terkini tentang Mahaad.

Terima Kasih.

>>Kembali Ke Halaman Sumbangan Utama<<

Permohonan Sumbangan Awam oleh MTQH

Permohonan Sumbangan Awam oleh MTQH

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Allah SWT atas kesudian tuan puan melawat laman ini. Laman ini adalah milik Maahad Tahfiz Al-Quran Hamidiyah (No Daftar: MTS/BP/002) dan semua sumbangan yang dibuat masuk 100% ke akaun Madrasah kami.

Ada penduduk Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor bermurah hati mewakafkan dua plot tanah bagi tujuan pembangunan madrasah. Tanah ini tidak dapat dibangunkan sebarang bangunan kerana madrasah hanya mempunyai aliran kewangan yang cukup cukup bagi membiayai gaji ustaz dan operasi harian termasuk makan minum pelajar.

Kami merayu kepada tuan puan, janganlah abaikan laman kami ini hanya sekadar klik, baca kemudian tekan pangkah dan keluar dari laman kami. Kami benar benar memerlukan bantuan tuan puan.

Kami ingin membina sebuah surau di sebelah madrasah kami yang boleh menjadi tempat baru pelajar kami mempelajari Al Quran dan Hadis. Surau ini juga akan menjadi kegunaan penduduk kampung kelak dengan pelbagai kuliah percuma yang kami rancangkan demi pembangunan ehsan bersama antara kami dengan penduduk kampung.

Tuan puan, sudilah kiranya tuan puan menyumbang kepada kami bagi merealisasikan impian kami. Tidak seperti madrasah lain, kami juga menerima pelajar miskin yang ibubapanya tidak mampu membayar yuran pengajian.

Macam-macam kami usahakan seperti berniaga Nasi Briyani Tembus Langit, jual beli kereta dan sebagainya demi memastikan kedudukan kewangan madrasah tidak terkesan dengan sebarang gangguan. Penduduk kampung juga membantu kami seberapa mampu.

Kami sedar disebabkan persitiwa yang lepas, ramai orang tidak lagi percaya tentang ketelusan kutipan derma oleh mana-mana madrasah. Maka, jika tuan puan tidak yakin, datang dan berkunjunglah ke madrasah kami. Kami masukkan maklumat madrasah di Google Maps bagi memudahkan pencarian.

Jika mahu lokasi lengkap, boleh berhubung terus dengan Ustaz Hamidi Ahamad di talian 013-372 0457 (Call & Whatsapp)

RM10 itu tidak akan menyebabkan tuan puan menjadi miskin. Tidak pula menyebabkan tuan puan menjadi papa kedana. Jika setiap yang klik ke laman kami menyumbangkan RM10, kami yakin kami akan memperolehi dana yang cukup bagi memulakan pembangunan surau madrasah.

Bantulah kami tuan puan yang dikasihi. Sesungguhnya kami percaya tuan puan merupakan insan yang Allah SWT pilih bagi membantu kami. Kami akan mengenang jasa bantuan tuan puan dalam doa setiap pelajar kami.

"Ya Allah, gandakanlah RM10 yang mereka sedekah kepada madrasah kami dengan RM10,000 nilai kepada kehidupan mereka. Balaslah kepada mereka dengan semua kemurahan rahmat-MU dan jadikanlah segala keperluan hidup mereka dipermudahkan, aaminnn"

Yang Merayu;

Ustaz Hamidi Ahamad

Pengerusi, Madrasah Tahfiz Quran Hamidiyah.

Lawati Facebook Kami dan Tiktok Ustaz Hamidi bagi kemaskini terkini tentang Mahaad.

Terima Kasih.

>>Mahu Buat Sumbangan Setiap Bulan<<

Loading...